Apakah itu Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Preskripsi asal Beijing Te Zhi Bai Feng Wan adalah berasal daripada formula tradisional Bai Feng Wan pada masa dinasti Ming, ia dihantar dari farmasi diraja ke Beijing Tong Ren Tang untuk dihasilkan sebagai ubat yang khas untuk kegunaan istana maharani. Maharani menggunakan ubat ini untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan, melewatkan penuaan dan menjaga kesihatan.
Apakah ramuan yang terkandung dalam Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Kombinasi lebih 20 jenis ubat tradisional yang berharga, iaitu pati ayam hitam, Concha Ostrea Gigas, Cornu Cervus Nippon, Radix Astragalus Membranaceus, Radix Panax Ginseng, Rhizoma Cyperus Rotundus, Radix Angelica Sinensis, Radix Paeonia Lactiflora, Radix Rehmannia Glutinosa, Rhizoma Ligusticum Chuanxiong, Radix Salvia Miltiorrhiza, Rhizoma Dioscorea Opposita dan Radix Giycyrrhiza Uralensis.
Apakah kesan Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Beijing Te Zhi Bai Feng Wan dibuat daripada pelbagai jenis ubat tradisional yang berharga, mempunyai kesan dalam menambahkan tenaga dan darah, menyelaras kitaran haid, mengawal keputihan, melegakan tekanan dan kesakitan. Biasanya ia digunakan untuk merawat kelemahan badan yang disebabkan oleh kekurangan tenaga dan darah, kelesuan pinggang dan lutut, perpeluhan dan debaran spontan, kepanasan, kitaran haid yang tidak teratur, disentri, pendarahan dalam rahim, keputihan dan sebagainya.
- Melegakan masalah wanita & gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan)
- Amalan yang baik kepada wanita selepas bersalin (menguat & mengecutkan otot rahim, saluran peranakan)
- Melegakan sakit pinggang & belakang, sakit sendi & lutut, angin dalam badan dan sebagainya
- Mengaktifkan hormon estrogen, progestron & androgen wanita
- Awet muda, menegang & memberi keanjalan kulit
- Menghilangkan keletihan, meningkatkan kadar metabolisme
- Kebaikan-kebaikan yang dinyatakan di atas adalah kerana Herba Maharani terdiri daripada bahan-bahan bernilai seperti :
- Gallus Gallus Domesticus (ayam hitam) yang membantu menguatkan badan dan baik untuk mereka dengan badan yang lemah, mudah rasa letih dan menghadapi masalah wanita seperti kesakitan haid
- Ginseng, Concha Ostrea Gigas, Radix Angelica Sinensis dan herba-herba tradisional Cina lain yang menambahkan tenaga & darah, melegakan kesakitan haid, menghilangkan keletihan dan sebagainya.
- Herba Maharani membantu anda mengawalatur peredaran haid supaya menjadi tetap & menguatkan badan. Jadi, ia menambahkan peluang untuk mengandung.
Elakkan makanan yang bersifat ’sejuk’ seperti salad dan watermelon. Begitu juga dengan teh kerana mengandungi kafein. Anda juga perlu memberi perhatian sama ada badan anda terasa ‘heaty’ selepas mula makan Herba Maharani. Jika rasa ‘heaty’, anda boleh mengikut salah satu cara yang berikut :
(a) Kurangkan pengambilan kepada 25 biji hitam kecil
(b) Minum air garam semasa mengambil Herba Maharani
Pengambilan 6 hari berterusan selepas period boleh membantu menguatkan tubuh dan membekalkan nutrien kepada badan sebelum waktu pengovulan. Walau bagaimanapun, cara pengambilan Herba Maharani juga bergantung kepada kemampuan, keadaan dan ketahan badan individu. Jika tiada masalah ‘heaty’ selepas anda makan berterusan selepas period anda kali ini dan sehingga period yang seterusnya, anda boleh makan mengikut cara ini, dan tidak terhad kepada 6 hari sahaja.
Nota : Tiada masalah untuk anda mengambil Herba Maharani dan produk lain pada masa yang sama, cuma diingatkan makan produk-produk ini pada waktu yang berasingan. Jika anda terasa sebarang ketidakselesaan, anda dinasihatkan agar mengambil Herba Maharani secara selang hari.
Adakah pengambilan Beijing Te Zhi Bai Feng Wan akan menyebabkan badan terlalu panas?
Tidak. Dicadangkan supaya meminum air dengan banyak untuk membantu penyerapan Beijing Te Zhi Bai Feng Wan oleh badan.
Siapakah yang perlu mengambil Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Lelaki dan wanita turut boleh mengambil.
Bolehkah ibu mengandung mengambil Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Tidak dicadangkan kerana hormon ibu mengandung tidak stabil dalam tempoh mengandung.
Bolehkah kanak-kanak mengambil Beijing Te Zhi Bai Feng Wan?
Tidak dicadangkan.
Herba Maharani ni boleh diambil oleh ibu-ibu menyusukan baby.
Namun tidak boleh dimakan ketika Period, Mengandung dan Selsema.
Keberkesanan
Cara Pengambilan
Per Hai-O Marketing guideline :
1 bebola (50 biji) setiap kali; 2 kali sehari -> diambil dgn air suam.
Pengalaman sendiri & kawan2 :
pengambilan 2 bebola dalam sehari mungkin x sesuai dgn cuaca di Malaysia yg agak panas.
So normally customer cuba 10 biji kecil waktu pagi & 10 biji kecil waktu malam & banyakkan pengambilan air suam.
Kalau rasa panas - kurangkan pengambilan e.g. 10 biji kecil waktu pagi & 5 biji kecil waktu malam.
Kalau x rasa apa2 kesan - boleh tambah 5 biji kecil setiap kali makan.
Harga
RM65 sekotak
1 kotak mengandungi 6 bebola putih (lihat gambar).
Dalam setiap bebola ada 50 biji kecil herba maharani (ala-ala saiz jamu).
So setiap kotak ni ada 300 biji kecil herba maharani.
Kalau sehari kita makan 15-20 biji kecil (10 pagi, 10 malam) sedang elok jer tahan 1 kotak untuk hampir sebulan --> sebab masa period x payah makan...
No comments:
Post a Comment