Sunday, 7 April 2013

Gejala Awal HAID! - HERBA MAHARANI

Fahami bagi mengetahui cara menanganinya

Gejala awal haid selalu dianggap normal dan tidak berbahaya. Maka, tidak ramai wanita yang bersungguh-sungguh untuk menanganinya. Tambahan pula salah satu punca adalah perubahan hormon yang tidak dapat dikawal yang diakibatkan oleh gaya hidup yang tidak sihat.
Malangnya, kitak tidak dapat mngubah gaya hidup dalam masa yang singkat untuk menyeimbangkan hormon dan seterusnya menghapuskan gejala ini. Antara kesan negatif yang biasa dialami adalah perubahan emosi atau 'mood', payudara tidak selesa, mengidam makanan, kelesuan, kerisauan dan kemurungan. Dikatakan hampir 75% wanita mengalami gejala awal haid terutamanya wanita berumur antara 20-35 tahun.

Antara gejala biasa dialami adalah :

  • Kerisauan / kebimbangan
  • Kemurungan
  • Rintihan
  • Perubahan emosi (mood swings) dan kemarahan
  • Perubahan selera makan
  • Tidur yang tidak lena (insomnia)
  • Kurang tumpuan
Tanda-tanda fizikal :

  • Sakit sendi dan otot
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Pertambahan berat badan akibat penakungan air
  • Pembengkakkan badan
  • Payudara tidak selesa
  • Kemunculan jerawat
  • Sembelit / diarrhea
Cadangan cara mengatasi gejala awal haid
  • Mengurangkan pengambilan makanan yang masih / tinggi kandungan garam untuk mengelakkan daripada terjadinya pembengkakkan badan
  • Memilih makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks seperti serat,bijirin, sayuran dan buah - buahan
  • Makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti produk tenusu, keju dan makanan yang ditapaikan. Bagi mereka yang vegetarian, ambillah supplemen kalsium sebagai makanan tambahan
  • Elak minuman bergas dan yang mengandungi kafein
  • Aktiviti bersenam akan meningkatkan kesihatan badan serta mengurangkan tahap kesakitan dan kemurungan yang diakibatkan oleh gejala awal haid
  • Kurangkan tekanan melalui rehat dan amalkan cara-cara berkesan mengawal emosi
  • Amalkan pengambilan suplemen seperti ubat-ubatan herba dan pil-pil supleman bagi menyelaraskan hormon dalam tubuh. Sebagai makanan kesihatan yang dipercayai oleh Maharani China disamping dapatan kajian terhadap 5,000 wanita diseluruh dunia, HERBA MAHARANI mampu mengatasi masalah kesihatan berkaitan meningkatkan kesejahteraan wanita.


No comments:

Post a Comment